setelah semua azam yang aku ignin kan tidak dapatku capai pada setiap tahun , aku telah berazam untuk tahun 2013 , tahun bahawa yang aku akan menduduki peperiksaan yang menentukan masa depan ku , iaitu SPM . aku telah berazam bahawa aku ingin berubah dan ingin belajar bersungguh-sungguh . aku ingin berjaya seperti mereka yang berjaya di luar sana . aku cemburu melihat mereka yang sedang berjaya dengan kerjaya mereka . aku juga ingin seperti mereka . tetapi adakah aku dapat mengikuti jejak mereka yang berjaya itu ? adakah aku dapat berubah dan mempunyai masa depan seperti mereka ? aku akan cuba sedaya upayaku dan berusaha untuk berjaya pada 5tahun akan datang . aku ingin membahagiakan kedua ibu bapa ku . setelah 16tahun orang tua ku berusaha menjaga ku , takkan aku hanya menggunakan jasa mereka dengan tidak membalas apa-apa . hanya itu sahaja yang aku mampu lakukan untuk melihat orang tua ku gembira , iaitu BERJAYA . aku telah telah ENJOY bersama rakan-rakan pada tAhun sebelumnya . tak mustahil aku tidak boleh belajar selama setahun pada 2013 . kenapa ENJOY aku dapat lakukan selama 4tahun , tak mungkin aku tak dapat belajar selama setahun pada tahun hadapan . aku pun manusia seperti mereka yang berjaya itu . sedangkan mereka boleh mencapai apa yang mereka impikan selama ni , tak mungkin aku tak dapat mencapai apa yang aku impikan selama ni . aku ingin keluarga KU hidup dalam kemewahan . aku tak ingin keluargaku menderita akibat kehidupan kami yang sederhana ini . aku ingin mengubah kehidupan keluargaku . takkan aku nak biarkan keluargaku hidup dalam penderitaan buat selamanya ? aku adalah anak LELAKI dalam keluarga ku , wajib lah aku harus mengubah keadaan keluarga ku yang hidup sederhana menjadi yang lebih baik dari sebelumnya . aku berterima kasih kepada allah kerana memberikan aku dan keluargaku hidup dalam keadaan sederhana ini . tapi takkan selama nya aku harus biarkan hidup keluargaku dalam serba kekurangan ? sebab itu lah aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh pada tahun hadapan supaya aku dapat mengubah kehidupan keluargaku yang serba kekurangan ini .aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan walau apa pun rintangan yang melanda diriku . aku sanggup berkorban apa sahaja asalkan aku dapat mencapai kejayaan seprti mereka yang berjaya di luar sana . walaupun aku terpaksa melintasi lautan yang berapi , aku sanggup asalkan aku dapat mengubah keadaan keluargaku yang serba kekurangan ini . aku tahu BERJAYA memang susah tetapi dengan usaha , tak mustahil seseorang itu boleh BERJAYA . insyaallah jika aku masih diberi peluang untuk berjaya oleh ALLAH S.W.T , aku akan berusaha sehingga ke ALLAH sudah puas melihatku berjaya dan menarik jasadku ke alam barzakh . hanya itu sahaja yang aku boleh coretkan di dalam blig ini . DOAKAN aku supaya aku dapat mencapai apa yang aku ingin kan selama ini . setiap doa yang kamu sampaikan , aku sangat berterima kasih berdoa semoga dengan kebaikan kamu , akan di balas di hari perhitungan kelak nanti . ASSALAMUALAIKUM :)
Saturday, 22 December 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)