Thursday, 5 December 2013
Wednesday, 26 December 2012
bosan terhadap diriku hilang dengan segera .
dengan fikiran yang bercelaru , tekanan mula menghantui diri . tubuh badan hanya berdiam diri tanpa melakukan pergerakan apapun . langsung sukar untuk ketawa . itulah yang terjadi bila perkataan BOSAN melanda terhadap diri . inginku mencari idea untuk menghilangkan rasa BOSAN yang menerkam di dalam diri ini . terlalu sukar sehingga aku terpaksa mengaku kalah dan berdiam diri buat seketika . setelah aku berada di syurgaku iaitu bilik tidur ku , aku akan menggapai sebuah temanku yang selalu bersama ku ketika gembira dan sedih mahupun sakit , iaitu LAPTOP . dia bisa membuatku gembira jika aku sedang merasa bosan , sakit dan sedih . setelah kugapai laptop itu , disitu bermulalah fikiran ku untuk membuat perkara yang dapat menghilangkan perasaan BOSAN . dengan tidak membazirkan masa , aku segera melawati blog , twitter dan facebook untuk menghilangkan perasaan BOSAN . dengan jari jemari ku yang tidak sabar untuk menaip setiap huruf yang berada di keyboard ini . dengan perlahan-lahan perasaan BOSAN itu telah menghilang dan pergi dari diriku . itulah yang sering aku lakukan apabila BOSAN melanda diriku . setelah kulawati semua laman sosial ku , akhir sekali aku akan mengunjungi laman sosialku yang bernama BLOGGER . di laman sosial ini lah yang bisa menghilangkan perasaan yang sering menghantui diriku , iaitu BOSAN . jari jemari ku sudah tidak sabar untuk menekan huruf yang berada di keyboard ini . seperti jari jemariku memanggil diriku untuk aku melakukan perkara tersebut . sungguh kuat tarikan huruf di keyboard ini sehinggakan jari jemariku terhasut dengan tarikan keyboard ini . setelah selesai urusan jari jemariku terhadap keyboard ini , perasaan BOSAN yang melanda diriku akan hilang dengan secepatnya . aku akan berasa GEMBIRA bila selesai menyempurnakan BLOG ku sepertimana yang aku inginkan . disinilah tempat aku ingin meluahkan perasaan ku . hanya dia sahaja yang boleh mendengar keluhan hati ini . kerana aku percaya bahawa dia akan menyampaikan keluhan hatiku yang telah ku luahkan terhadap dia , kepada orang lain secara perlahan-lahan .
Posted by Unknown at 11:31 0 comments
Monday, 24 December 2012
KENANGAN TERINDAH :(
sungguh berat hati ini meninggakan dirimu . tapi aku terima semua ni dengan hati yang tulus . mungkin ini adalah sala satunnya petunjuk bahawa kita memang tidak dapat bersama lagi , kita memang tiada jodoh :( sejujurnya , aku memang tidak sanggup meninggalkan dirimu . hanya tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya cintaku terhadap dirimu . aku akan cuba menerima semua ni dengan perlahan-lahan . aku berharap aku dapat melupakan dirimu agar aku tak akan mengingati kesalahan yang telah aku lakukan terhadap dirimu . dan aku juga akan berdoa moga engkau akan dapat seorang LELAKI yang bisa membahagiakan dirimu seperimana aku tidak dapat membahagiakan dirimu . walau apapun kenangan yang telah kita bina bersama , jadikanlah ia sebagai KENANGAN TERINDAH dalam hidupmu . biarlah ia bersemadi di dalam hidupmu moga engkau akan selalu mengingati diriku . walau bagaimanapun , aku akan cuba melupakan diri mu secara perlahan-lahan dan akan menjadikan sebuah percintaan kita ini sebagai pengajaran dalam hidupku . TOLONG JANGAN LUPAKAN AKU WALAUPUN KAU SUDAH MEMPUNYAI LELAKI LAIN . BIARPUN TIADA TEMPAT UNTUK AKU DI HATIMU , AKU SANGGUP DITEMPATKAN DI DALAM OTAKMU BUAT SELAMA-LAMANYA :( ILYSM _______ take care ye :(
saya akan bersenyum dan tidak akan bersedih lagi tentang ni . saya harap awak pun jangan bersedih :)
1 , 2 , 3 senyum :)
Posted by Unknown at 20:39 0 comments
Saturday, 22 December 2012
AZAM 2013
setelah semua azam yang aku ignin kan tidak dapatku capai pada setiap tahun , aku telah berazam untuk tahun 2013 , tahun bahawa yang aku akan menduduki peperiksaan yang menentukan masa depan ku , iaitu SPM . aku telah berazam bahawa aku ingin berubah dan ingin belajar bersungguh-sungguh . aku ingin berjaya seperti mereka yang berjaya di luar sana . aku cemburu melihat mereka yang sedang berjaya dengan kerjaya mereka . aku juga ingin seperti mereka . tetapi adakah aku dapat mengikuti jejak mereka yang berjaya itu ? adakah aku dapat berubah dan mempunyai masa depan seperti mereka ? aku akan cuba sedaya upayaku dan berusaha untuk berjaya pada 5tahun akan datang . aku ingin membahagiakan kedua ibu bapa ku . setelah 16tahun orang tua ku berusaha menjaga ku , takkan aku hanya menggunakan jasa mereka dengan tidak membalas apa-apa . hanya itu sahaja yang aku mampu lakukan untuk melihat orang tua ku gembira , iaitu BERJAYA . aku telah telah ENJOY bersama rakan-rakan pada tAhun sebelumnya . tak mustahil aku tidak boleh belajar selama setahun pada 2013 . kenapa ENJOY aku dapat lakukan selama 4tahun , tak mungkin aku tak dapat belajar selama setahun pada tahun hadapan . aku pun manusia seperti mereka yang berjaya itu . sedangkan mereka boleh mencapai apa yang mereka impikan selama ni , tak mungkin aku tak dapat mencapai apa yang aku impikan selama ni . aku ingin keluarga KU hidup dalam kemewahan . aku tak ingin keluargaku menderita akibat kehidupan kami yang sederhana ini . aku ingin mengubah kehidupan keluargaku . takkan aku nak biarkan keluargaku hidup dalam penderitaan buat selamanya ? aku adalah anak LELAKI dalam keluarga ku , wajib lah aku harus mengubah keadaan keluarga ku yang hidup sederhana menjadi yang lebih baik dari sebelumnya . aku berterima kasih kepada allah kerana memberikan aku dan keluargaku hidup dalam keadaan sederhana ini . tapi takkan selama nya aku harus biarkan hidup keluargaku dalam serba kekurangan ? sebab itu lah aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh pada tahun hadapan supaya aku dapat mengubah kehidupan keluargaku yang serba kekurangan ini .aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan walau apa pun rintangan yang melanda diriku . aku sanggup berkorban apa sahaja asalkan aku dapat mencapai kejayaan seprti mereka yang berjaya di luar sana . walaupun aku terpaksa melintasi lautan yang berapi , aku sanggup asalkan aku dapat mengubah keadaan keluargaku yang serba kekurangan ini . aku tahu BERJAYA memang susah tetapi dengan usaha , tak mustahil seseorang itu boleh BERJAYA . insyaallah jika aku masih diberi peluang untuk berjaya oleh ALLAH S.W.T , aku akan berusaha sehingga ke ALLAH sudah puas melihatku berjaya dan menarik jasadku ke alam barzakh . hanya itu sahaja yang aku boleh coretkan di dalam blig ini . DOAKAN aku supaya aku dapat mencapai apa yang aku ingin kan selama ini . setiap doa yang kamu sampaikan , aku sangat berterima kasih berdoa semoga dengan kebaikan kamu , akan di balas di hari perhitungan kelak nanti . ASSALAMUALAIKUM :)
Posted by Unknown at 12:19 0 comments
Monday, 10 December 2012
MY IDOL
sejak pertama kali suaranya beralun di telinga ku , secara tiba-tiba bulu roma ku berdiri dengan pantas sekali seolah-olah ada yang mengejutkan bulu roma ku untuk berdiri . suaranya sungguh hebat sehingga membuat ku terpikat dengannya . rupanya dia adalah penyanyi yang berasal dari united kingdom,LONDON , yang bernama ADELE LAURIE BLUE ADKINS <3 .selang berapa hari kemudian , aku sering mendengar lagu ADELE seperti ROLLING IN THE DEEP , CRAZY FOR YOU , TIRED , SOMEONE LIKE YOU dan lain-lain .secara perlahan-lahan aku telah meminati artis ini . dengan suaranya yang sungguh HEBAT , mempunyai wajah yang menarik serta mempunyai sifat yang sporting . kenapa aku kata dia mempunyai suara yang hebat ? sudah terbukti bahawa dia telah memenangi semua GRAMMY'S AWARD pada tahun 2011 . jika anda masih tak percaya lagi , lihat gambar tersebut . betapa banyaknya trophy yang telah dia menangi di GRAMMY'S AWARD . nak bandingkan dengan SHILA AMZAH ? SHILA AMZAH pernah memenangi trophy sebanyak ini ke ? pernah tak CONCERT live SHILA AMZAH dipenuhi oleh peminatnya tanpa ada ruang sedikit pun ? pernah tak CONCERT SHILA AMZAH mempunyai ramai peminat seperti dua stadium shah alam di gabungkan ? itu tidak akan berlaku kerana artis malaysia masih mentah untuk menandingi artis luar negara melain kan JACLYN VICTOR , SUDIRMAN , dan YUNA . ADELE is the best singer i know :) minta maaf jika setiap perkataan di blog saya menyinggung perasaan kalian . assalamualaikum #adelefansforever <3
Posted by Unknown at 08:53 0 comments
Saturday, 8 December 2012
Posted by Unknown at 08:09 2 comments