BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 24 December 2012

KENANGAN TERINDAH :(


pada jam 12.24am semalam , bersamaan dengan tarikh 25/12/2013 , sesuatu yang tidak terjangka telah berlaku terhadap hubungan kami .aku telah membuat keputusan untuk meninggalkan dia buat selama-lamanya . adakah aku cuma bermimpi ? aku masih tak percaya semua tu . kenapa semua ni berlaku kpada diriku .aku meninggalkan dia bukan hanya untuk aku bergembira tetapi aku terpaksa mengikuti kemahuan mak aku . sungguh berat ujian mu ya-ALLAH . aku sukar untuk menerima ujian mu itu ya-ALLAH . tapi kenapa kau turunkan ujian yang sebegini terhadap diriku ? knpa aku yang menjadi mangsamu ya-ALLAH ? knpa tidak orang lain . aku seorang yang lemah dan tidak dapat nak menghadapi ujian mu ya-ALLAH . aku terlalu sayangkan dia . aku tak ingin melepaskannya dengan hanya sebegitu sahaja ya-ALLAH . tolong berikan aku peluang agar aku dapat membahagiakan dia . selepas aku dapat membahagiakan dia , aku redha jika aku terpaksa meninggalkan dia . jika aku tahu bahawa perkara ini akan terjadi terhadap diriku , aku akan membuat dia GEMBIRA dan BAHAGIA di sampingku dari dahulu lagi . tapi apakan daya , bak kata pepatah ' NASI SUDAH MENJADI BUBUR ' . aku tidak dapat ataupun tidak pernah membahagiakan dirimu walau sesaat pun . aku tahu aku seorang lelaki yang tidak bertanggunjawab , tidak berhati perut dan tidak pernah menjadi seorang TEMAN LELAKI yang dapat membahagiakan KEKASIHNYA . tapi aku telah cuba sedaya upaya untuk membahagiakan dirimu . aku telah berusaha untuk membahagiakan dirimu . cuma kau sahaja yang tak nampak apa yang aku telah usahakan selama ni . jika aku boleh pamerkan keusahaan ku selama ini yang telah aku lakukan , aku pasti kau tidak mampu untuk berkata walau sepatah perkataan pun kerana usaha ku selama ni untuk membuat dirimu gembira seperti tinggi dan sebesar GUNUNG KINABALU . kau pasti akan tergamam buat sketika melihat usahaku untuk membahagiakan dirimu di sampingku . tapi semua ni sudah tidak bererti lagi buat ku kerana semua usaha ku telah runtuh dan tidak lagi setinggi dan sebesar GUNUNG KINABALU . usahaku selama ni seperti kertas yang dihembus angin kencang . ia terbang sebegitu sahaja tanpa ada hasilnya . begitu juga usaha ku yang telah aku usahakan selama ni , ia pergi dengan begitu sahaja tanpa hasilnya .




sungguh berat hati ini meninggakan dirimu . tapi aku terima semua ni dengan hati yang tulus . mungkin ini adalah sala satunnya petunjuk bahawa kita memang tidak dapat bersama lagi , kita memang tiada jodoh :( sejujurnya , aku memang tidak sanggup meninggalkan dirimu . hanya tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya cintaku terhadap dirimu . aku akan cuba menerima semua ni dengan perlahan-lahan . aku berharap aku dapat melupakan dirimu agar aku tak akan mengingati kesalahan yang telah aku lakukan terhadap dirimu . dan aku juga akan berdoa moga engkau akan dapat seorang LELAKI yang bisa membahagiakan dirimu seperimana aku tidak dapat membahagiakan dirimu . walau apapun kenangan yang telah kita bina bersama , jadikanlah ia sebagai KENANGAN TERINDAH dalam hidupmu . biarlah ia bersemadi di dalam hidupmu moga engkau akan selalu mengingati diriku . walau bagaimanapun , aku akan cuba melupakan diri mu secara perlahan-lahan dan akan menjadikan sebuah percintaan kita ini sebagai pengajaran dalam hidupku . TOLONG JANGAN LUPAKAN AKU WALAUPUN KAU SUDAH MEMPUNYAI LELAKI LAIN . BIARPUN TIADA TEMPAT UNTUK AKU DI HATIMU , AKU SANGGUP DITEMPATKAN DI DALAM OTAKMU BUAT SELAMA-LAMANYA :( ILYSM _______ take care ye :(

saya akan bersenyum dan tidak akan bersedih lagi tentang ni . saya harap awak pun jangan bersedih :)

1 , 2 , 3 senyum :)

0 comments: